Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Saturday 27 September 2014

Palace of The Golden Horses Mines

Assalamualaikum,

Hotel: Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan
Location: Selangor
Hotel Class : 5 star
Room types: Deluxe Room (RM300++)
Website: http://www.palaceofthegoldenhorses.com.my



Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak jejak kaki kat hotel ni. Kalau sebelum ni hanya tengok dari jauh je setiap kali lalu tol sg. Besi tu tapi kali ni berkesempatan stay kat sini. Dapat la stay 3h2m. Dari reka bentuk bangunan hotel ni sangat cantik. Bila bace review pun banyak yang cakap ok. Bila diri sendiri merasainya wah.... sangat cantik bila kali pertama masuk. Nama pun golden horses jadi memang kuda menjadi simbol utama hotel ni. Banyak hiasan kuda dan perabut yang nampak antik dan menarik. Kalau masuk memang nampak exclusive dan nampak macam dalam istana. Selain dari kuda, dinding juga dipenuhi dengan ukiran dan perhiasan cahaya lampu menaikkan lagi suasana hotel ni. Ruang lobby tak besar sangat dan takde tempat menunggu. Tapi ada satu tempat menunggu menuju ke dinining. Ade tugu 5 ekor kuda yang berpusing selain ada air pancut. Reka bentuk lift pun cantik. Tapi sedikit mengecewakan bila masuk saje ke bilik. Bau masam karpet yang sangat2 menyakitkan hidung. Seriusly bau yang sangat busuk. Kalau bukak sliding door balkoni pun bau masih ada. Sampai tidur pun tak selesa. Kena tutup hidung dengan selimut. Bilik besar. Perabut agak lama tapi boleh terima lagi. Ade sedikit masalah dengan internet. Macam dalam satu bilik hanya sorang je boleh access. Kalau sorang login lagi sorang mesti akan disconnect. Macam tu la sebaliknya. Sangat annoying. Dining sangat cantik. Ade banyak pilihan makanan tapi rasa tekak saya ni takde yang sedap. Hanya biasa2 saja. Pemandangan persekitaran cantik sebab dikelilingi dengan tasik. Ade organik garden. Takde tempat menarik di kawasan berdekatan. Hanya ade The Mines shopping mall je. Selain dari tu boleh naik cruise. Info pasal cruise boleh pergi link INI. Okie itu je. Meh cuci mata dengan gambar.



Sumber google

Pintu masuk

Perhiasan di bulatan pintu masuk

Lobby



Model bangunan

Room 7070






Bathroom



Sabun syampoo bentuk kuda

 
Pemandangan dari balkoni

Tempat tunggu lift

Dining




Makanan pilihan saya


Ruang menunggu

Tugu kuda berpusing

Reka bentuk siling hotel

Reka bentuk dinding hotel

Organic garden

Pemandangan dari jetty cruise



Swimming pool

View waktu malam



Itu jer.

Wasalam



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

You might also like