Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Sunday 25 August 2013

De Palma Waterfront Kuching

Assalamualaikum,

Hotel: De Palma Waterfront Kuching
Location: Kuching, Sarawak
Ranking: 2.5 stars
Room types: Sarawak Floor
Website: http://www.depalma-hotel.com/Kuching/home/


Semalam baru sampai dari kuching.Menghabiskan masa 3 hari 2 malam di sana sangat menyeronokkan.Tak berhenti berjalan di sekitar bandar kuching.Jadi De Palma Waterfront Kuching menjadi pilihan hotel kami.Nak cari hotel ni sangat la susah sebab kena masuk satu lorong di mana sign board hotel ni pun tak jelas kelihatan. Pakcik teksi pun tak pernah tahu tentang kewujudan hotel ini.Nasib baik saya dah google maps lokasi hotel ni dan juga rupa bangunan.Jadi sedang-sedang mencari bersama pakcik teksi kami pun jumpa la hotel ni.Nak cari pintu masuk pun tak tahu kat mane.Jadi pusing baru la jumpa.Hotel ni berhampiran dengan RJ Ayam Bakar dan maybank centre.Kalau dari bandar kuching jalan ke plaza sarawak dan terus lagi akan jumpa sign board de palma belah kiri.Masuk je lorong tu.Bangunan dia macam bangunan kedai.Dihadapan bangunan tu ada bangunan yang tak siap lagi.De palma ni betul-betul sebelah sungai santubong.Kalau sape dapat bilik yang mengadap sungai tu boleh la tengok keindahan sungai tu.Tenang jer..Ok.Hotel ni kecik je.Boleh dikira sebagai hotel bajet.Untuk satu malam berharga RM112.Jadi saya duduk 2 malam.Hotel ni takde lift k.Kena naik tangga.Saya pula dapat tingkat atas sekali.Tingkat 4.Memang mengah jugak nak mendaki.Mula-mula kami dapat bilik deluxe.2 king bed.Jadi kami taknak sebab katil berasingan.Jadi pergi ke kaunter balek bagitahu yang kami sebenarnya bayar untuk sarawak floor.1 double queen bed.Jadi pihak de palma pun tukarkan balek bilik kami.Dia kata dia bagi bilik 2 king bed tu sebab bilik tu baru diupgrade.Tapi kami nak double queen bed jugak.Sebab tu tukar jugak.Kami dapat free breakfast.Tempat breakfast ada didepan bangunan de palma bermakna di bangunan yang lain sebab tak cukup ruang kot nak buat cafe.Ok.Untuk toiletries, sabun je ada.Yang lain sdn bhd k.Hot shower ada.Bath tub takde.Sorry lupe nak tangkap gambar toilet.Meh la layan gambar yang ada.



Ni bangunan dia.Parking disediakan.

Ni deluxe room.Bilik yang mula-mula kami dapat.

Bilik ni lagi luas dari sarwak floor.Tapi cuma takmo katil asing jer.Tu yang tukar.Lagi satu sebab kenapa kami tukar ialah bilik ni takde tingkap.Rasa macam terkepam.Tak cukup udara.

Ni la sarawak floor.Bilik yang kami duduk.Dapat tingkat tertinggi jugak.Yang penting ada tingkap yang mengadap sungai santubong.

Tak besar.Tapi cukup la ruang untuk solat.

Ni la tempat breakfast kami. 

Ni la breakfast kami.Nasi lemak.Kat sini semua benda bungkus pakai plastik.Takde daun pisang.Breakfast kat sini tak banyak.Macam hari pertama nasi lemak.Hari kedua 3 jenis kuih.Tapi roti dan jem tetap disedia kan.Ok la kalau nak lapik perut.


Cadangan: Letak lampu jalan kat lorong masuk ke hotel ni.Malam gelap sangat.Kalau jalan sorang-sorang takut jugak dibuatnya. 

Nasihat: Sapa yang bawak golongan tua tu minta cek dulu ada tak bilik bahagian bawah.Kesian jugak biar diorang naik tangga.Saya yang muda ni pun mengah inikan lagi yang tua. Hotel ni pun agak jauh dari waterfront.Memang kena berjalan.Jauh jugak dari topspot.Jadi survey dulu ea supaya tak tersalah pilih.Kalau yang ada transport mungkin tak jadi masalah.

Itu je perkongsian mengenai De Palma Waterfront Kuching.

Pilihan di tangan anda.

Wasalam




Wednesday 21 August 2013

Hyatt Regency Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum,

Hotel: Hyatt Regency Kinabalu
Location: Kota Kinabalu Sabah
Ranking: 5 stars
Room types: Sea View King 
Website: http://kinabalu.regency.hyatt.com/en/hotel/home.html


Baru teringat ada ambik gambar masa pergi sabah bulan jun lepas. Masa ni ikut husband pergi outstation.Kalau sendiri memang tak mampu la nak duduk hotel mahal ni.Dapat merasa pun  dah alhamdulillah.Menginap selama 3 hari 2 malam.Perh itu pun dah cukup best. Mane taknye, semua perfect. Dah nama pun 5 bintang kan. Hotel ni sangat strategik. Berada kat tepi laut dan di tengah bandar. Berdekatan dengan tempat makanan laut dan juga pasar filipina dan pasar gaya yang memang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Macam-macam ada. Pasar sayur, pasar cenderahati, pasar buah lagi..Lupe dah.Nak cari makan memang senang kat situ. KFC pun depan jer.Kalau nak komen pasal hotel memang takde.Memang best sangat.Dah la sea view.Bayangkan kecantikan pemandangan ciptaan ALLAH.Memang cantik sangat.Rasa macam nak dok lama kat situ.zOk.Jangan terkejut ea. Kat dalam bilik hotel ni ada beer semua.Jangan pulak ambik. Saya memang tak makan pun kat hotel tu.Memang makan kat tempat sekitar. Merasa makanan orang sabah.Sabah bah.Hehehe.

Itu je.Meh tengok gambar.



Sumber : Google

Lobby. Depan tu reception counter.

Restaurant

Room

Ade bath tub.Toiletries lengkap. Ade Shower heater.Toilet plak kat sebelah.

Room


Tv.Sangat besar bilik ni.

Dan ni pemandangan dari dalam bilik.Yang best dari katil dah boleh nampak pemandangan laut ni.Tak yah gi kat balkoni.Tp memang xde pun balkoninye.hehehe.Cantik sangat...............

Itu je perkongsian mengenai Hyatt regency kinabalu.

Pilihan di tangan anda.

Monday 19 August 2013

De' La Ferns


Hotel: De' La Ferns Hotel
Location: Cameron Highland
Ranking: 3 stars
Room types: Deluxe Twins room
Website: http://www.hoteldelaferns.com.my/index.htm

Assalamualaikum,

Sabtu lepas saya telah menjejakkan kaki ke cameron highland untuk kali ke 3. Hotel pilihan saya ialah De' La Ferns Hotel yang terletak di tanah rata. Perjalanan yang tidak dirancang.Pukul 8 lebih baru sampai kat cameron.Jadi terus cari hotel.Nasib baik ade bilik kosong. Menginap untuk 2 hari 1 malam dah cukup untuk kami menghabiskan masa bersama.Hotel ini menjadi tarikan pelancong dari luar negara. Bersebelahan dengan restaurant steambot. Jadi jangan risau pasal makan. Seperti kebanyakkan hotel di cameron highland, hotel ini tidak mempunyai kipas atau air cond. Hanya angin sejuk dari luar sahaja yang akan anda rasa. Saya dapat bilik menghadap jalan raya.Jadi malam buka tingkap memang akan dengar bunyi bising dari luar.Tapi bila dah kepenatan memang tak hirau dah bunyi-bunyian tu. Toiletries yang takde cume berus gigi.Jadi bawak sendiri dari rumah ea. Yang lain lengkap. Iron, heater, tv, wifi, frigde. Semua ada.. Restaurant dia pun cantik.Kami ambik breakfast je sebab tengah hari tu nak balek dah.Breakfast boleh tahan.Yang paling sedap nasi goreng dia. Ade rendang, roti canai, bubur, ayam sausage.Yang tu je yang ingat.Tapi memang romantik sangat.Dengan sejuknye.Jadi view luar la menjadi pilihan kami untuk menjamu selera.Memang ramai mat saleh kat sini. Compare dengan country lounge, hotel ni lagi besar. Yang paling penting ada lift.Hehehe. Country lounge takde lift.Time tu dapat yang paling atas plak tu.
Ok.Meh tengok gambar..


Sumber: google
Reception counter


Lobby

Room

Room

Room
Bilik air. Jangan risau hot shower pun ada. Bath tub pun ade jugak.
Restaurant 

Itu je perkongsian mengenai de' la fern

Pilihan di tangan anda.

Wasalam.

LinkWithin

You might also like